Sunday, February 1, 2009

Karangan ulasan

Azrul Rezuan, 5 Cengal
Soalan
Anda telah membaca sebuah cerpen yang menarik dalam salah sebuah antologi. Tulis ulasan tentang cerpen tersebut selengkapnya.

T= Kekuatan dan kelemahan
K= Tema, persoalan, plot, nilai dan pengajaran
F=ulasan


Isi 2= Persoalan dan plot
Isi 1= Sinopsis dan tema F= Ulasan
Isi 3= Watak dan perwatakan
Isi 4= Nilai dan pengajaran

Jawapan

Cerpen yang telah saya baca baru-baru ini ialah ‘Aku, Kris dan Kristal’, iaitu karya Dima Mazlina. Cerpen ini termuat dalam antologi ‘Kerusi’, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2001. Setelah membaca cerpen ini, saya mendapati bahawa cerpen ini sesuai dibaca oleh semua golongan masyarakat. Terdapat beberapa keistemewaan cerpen ini yang ingin saya paparkan kepada semua pembaca.
Cerpen ini mengisahkan persahabatan dan konflik percintaan tiga segi. Hana seorang pelajar dari Malaysia yang belajar di Universiti College Cardiff di Britain. Dia telah berkenalan dengan Kris dan Kristal. Mereka menjadi sahabat baik. Kris dan Kristal fasih berbahasa melayu. Hana seorang gadis Melayu yang teguh imannya. Dia tidak terpengaruh dengan budaya Barat dan tidak berfoya-foya. Pada suatu hari, Kris telah meluahkan perasaannya kepada Hana dan mahu mengambil Hana sebagai isterinya tetapi Hana menolaknya secara baik. Hana menyerdarkan Kris bahawa Kristal mencintainya tetapi Kris tidak mencintainya. Selepas cintanya ditolak, Kristal telah membunuh diri dengan memakan pil tidur melebihi dos yang ditetapkan. Kris pun telah berpindah ke Jerman. Selepas beberapa tahun, Kris telah datang ke apartmen Hana dan telah menjadi muslim.
Cerpen ini membawa tema kekentalan prinsip hidup dan kekukuhan iman anak muda ketika merantau untuk menuntut ilmu. Ini telah ditunjukkan oleh Hana yang tidak terpegaruh dengan budaya Barat dan tidak suka berfoya-foya. Cerpen ini sesuai dijadikan tatapan untuk pembaca cerpen tidak kira muda ataupun tua. Persoalan yang timbul selepas membaca cerpen in ialah persoalan persahabatan yang terjalin antara golongan yang berlainan agama, adat resam, dan budaya. Hana seorang muslim yang belajar di Britain dan berkawan dengan Kris dan Kristal yang beragama Kristian. Walaupan mereka berlainan agama, mereka tetap berkawan baik. Persoalan didikan agama yang sempurna akan melahirkan iman yang teguh dan seterusnya dapat mengawal perlakuan seseorang juga termuat dalam cerpen ini. Hana yang mempunya iman yang teguh tidak mudah terpedaya akan budaya Barat dan tidak suka berfoya-foya.
Plot cerpen ini disampaikan secara kronologi. Pada bahagian permulaan atau eksposisi, pengarang memperkenalkan watak utama, Hana yang tiga tahun belajar di Cardiff. Ketika termenung pada petang itu, dia tekenang akan peristiwa silam. Kisah yang berikutnya disampaikan secara imbas kembali. Klimaks cerpen ini menceritakan cinta Kris ditolak oleh Hana kerana berlainan agama dan budaya. Pelbagai teknik plot digunakan oleh pengarang dalam menulis cerpennya. Teknik suspens, kejutan dan pemerian juga digunakan. Teknik imbas kembali kerap digunakan oleh pengarang. Sebagai contohnya, ketika Hana berdiri di tepi jendela, dia terkenang akan peristiwa ketika mula-mula berkenalan dengan Kris dan Kristal sehinggalah Kris meluahkan rasa cintanya kepadanya. Secara keseluruhannya, plot kronologi ini disusun mengikut urutan, iaitu waktu atau peristiwa yang berlaku dahulu akan didahulukan manakala yang berlaku kemudian akan dikemudiankan.
Cerpen ‘Aku, Kris dan Kristal’ ini telah didukung oleh beberapa watak yang menarik. Watak utamanya ialah Aku(Hana). Hana seorang gadis Melayu yang belajar di university Cardiff di Britain. Dia mempunyai pegangan agama yang kuat. Sebagai contohnya, dia senantiasa bertudung dan menunaikan solat walaupun berada di tempat yang jauh darpada kaum keluarga. Watak-watak sampingan dalam cerpen ini ialah Kris dan Kristal. Kris ialah pemuda inggeris yang tampan dan bersahabat baik dengan Hana. Dia seorang yang mudah kecewa. Sebagai contohnya, apabila cintanya ditolak oleh Hana, Kris membawa diri dan berpindah ke Jerman. Kristal juga merupakan watak sampingan dalam novel ini. Kristal seorang wanita berbangsa Inggeris yang cantik dan bersahabat baik dengan Hana. Dia seorang yang cepat berasa cemburu. Sebagi contohnya, Kristal mencemburui hubungan antara Hana dengan Kris.
Cerpen ini mempunyai beberapa nilai dan pengajaran yang universal. Penonjolan nilai dan pengajaran tersebut telah menghasilkan karya yang berbeza dengan cerpen yang lain kekayaan nilai kasih sayang yang ditonjolkan menerusi watak Hana. Sebagai contohnya, Hana menyayangi Kris dan Kristal sebagai sahabat ketika belajar di rantau orang. Nilai mulia seperti hormat-menghormati diketengahkan melalui watak Hana. Sebagai contohnya, Hana sangat hormat akan Puan Doogan, iaitu ibu Kris yang baik hati. Pengajaran dalam cerpen ini ialah kita hendaklah senantiasa menjaga adab sopan dan maruah diri. Hal ini dapat dilihat melalui watak Hana yang tetap mengekalkan budaya timur walaupun berada di luar Negara. Pengajaran lain ialah anak-anak muda jangan mudah terpengaruh oleh kehidupan yang bebas. Dalam hal ini, Hana tidak terpengaruh oleh kehidupan bebas remaja barat. Kesimpulannya, cerpen ini banyak memberikan manfaat kepada pembaca. Nilai hormat-memberikan pengajaran yang baik untuk dijadikan panduan oleh golongan remaja. Remaja seharusnya mengikuti cara Hana yang tidak terpengaruh dengan budaya Barat dan

1 comment: